Wednesday, May 20, 2015

ALLAH ITU MAHA BERKUASA

Beberapa jawapan Allah s.w.t tentang masalah manusia


Bahan berikut dipetik dari hebahan melalui email yang tidak diketahui asal usul penulisnya. Namun begitu himpunan persoalan hidup dan jawapan Allah dalam Al- Quran ini mampu memberikan kita kekuatan untuk hadapi apa juga tekanan hidup.

1.Soalan : Adakah aku sudah dikira beriman?

Jawapan

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah al-Ankabut : 2-3)

2.Soalan : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?


Jawapan : 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah s.w.t mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah:216)


Bab 1 : Eii..macam best jer...

Assalamualaikum....semua

Salam perkenalan untuk semua.

Entah macam mana tetiba jer rasa macam nak berkongsi dengan semua orang rasa seronok bila apa yang kita buat mendatangkan hasil yang membuatkan orang lain rasa gembira. Dengan bakat dan kebolehan yang ada itu lah membuatkan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti-aktiviti berkraf.


Bakat adalah kurniaan allah kepada kita jadi jangan sia-siakan bakat yang telah dikurniakan oleh allah. Tidak mengira apa jua bakat yang ada haruslah di kembangkan dengan sebaiknya.

Ada yang pandai melukis, ada yang pandai menyanyi, ada yang pandai menghias, ada yang pandai menulis, ada yang pandai menjahit dan bermacam lagi.