Wednesday, May 20, 2015

Bab 1 : Eii..macam best jer...

Assalamualaikum....semua

Salam perkenalan untuk semua.

Entah macam mana tetiba jer rasa macam nak berkongsi dengan semua orang rasa seronok bila apa yang kita buat mendatangkan hasil yang membuatkan orang lain rasa gembira. Dengan bakat dan kebolehan yang ada itu lah membuatkan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti-aktiviti berkraf.


Bakat adalah kurniaan allah kepada kita jadi jangan sia-siakan bakat yang telah dikurniakan oleh allah. Tidak mengira apa jua bakat yang ada haruslah di kembangkan dengan sebaiknya.

Ada yang pandai melukis, ada yang pandai menyanyi, ada yang pandai menghias, ada yang pandai menulis, ada yang pandai menjahit dan bermacam lagi.




Inilah bakat yang ada pada ku , bakat yang Allah berikan jangan disia-siakan. Jika ada masa yang terluang pasti akan ku penuhkan dengan menghasilkan idea-idea yang berkaitan dengan kraf ....bagi ku ini aktiviti yang menyeronokkan, mungkin orang lain pun ramai yang boleh menghasilkan idea yang lebih baik dari ku tetapi tak kisahlah aku bangga dengan kebolehan diri sendiri.

Cukuplah sampi disini untuk kali ini... nanti sambung lagi.. tapi sebelum tu nak belanja sikit...

Tadaaaa......








ok lah cukup la yer... inilah hasil kerja dimasa yang terluang..kadang-kadang tak menang tangan nak membuatnya, rezeki dari Allah. Kadang-kadang ada yang boleh menjana pendapatan dengan bakat yang mereka ada.

Alhamdulillah....sebenarnya banyak lagi gambar yang ingin dikongsikan in sha allah next saya belanja gambar lagi . okey ta ta.



hu..hu..mood first time berblog


1 comment: